DCL Health Product Business


Produk Terbaru DCL!

Image016

DCL kini tampil dengan produk-produk baru! Dapatkannya sekarang! Untuk belian, sila hubungi Fieyza di 019.288.5583. Kos penghantaran ditanggung pembeli. Harap maklum. kini tampil dengan produk-produk baru! Dapatkannya sekarang! Untuk belian, sila hubungi Fieyza di 019.288.5583. Kos penghantaran ditanggung pembeli. Harap maklum.


Jualan Istimewa!

Susu_Koles_Gen_4976eb54064cf

Pembungkusan lama Susu Koles-Gen versi Mawi perlu dihabiskan dalam tempoh segera berdasarkan kontrak yang termaktub. Dapatkan Susu Kolen-Gen pada harga seperti di bawah:

Beli 1 unit Susu Koles-Gen pada harga biasa, anda layak membeli unit yang ke 2 hanya pada harga berikut:

CP: WM:RM 48.00 / EM: RM53.00
CP: WM:RM 98.00 / EM: RM103.00 (Harga Biasa)

p/s: Sementara stok masih ada


Seminar Pengenalan Sains Minda

Program Eksklusif Paling Hebat Abad ini! Seminar pengenalan ini merupakan seminar hukum tarikan untuk menarik apa yang anda mahu dalam kehidupan dan sukses bersama DCL.

Khusus untuk sesi pengenalan kepada pejuang2 dan usahawan2 DCL! Daftar segera! Tempat TERHAD!

Tarikh: 29.08.09
Hari: Sabtu
Masa: 09:30 pagi – 04:30 petang
Tempat: Wisma DCL, Wangsa Melawati
Bayaran: RM50
Utk yg ulangkaji RM10 SAHAJA!!


Seminar Eksklusif ‘Mind Power’

Salam penuh kasih buat semua pejuang2 dan usahawan2 DCL.

Untuk makluman, Mega Power akan menganjurkan Seminar Eksklusif ‘Mind Power’ khas untuk pejuang2 dan usahawan DCL!! Ianya berkenaan dengan hukum tarikan ‘Law of Attraction’ iaitu membebaskan minda dari unsur negatif dan memasukan energi yang positif untuk menarik apa yang anda inginkan!! Hari tu Haf dah terlepas! Kali ini awal-awal dah cakap dengan CD Rahim booking tempat.. Heheh.. Sesiapa pejuang/usahawan DCL yang berminat, info seperti di bawah:

Tarikh: 16/08/09
Hari: Ahad
Tempat: Wisma DCL, Taman Melawati
Masa: 9;30am – 5:30pm
Bayaran: RM50

Terhad kepada 50 peserta sahaja!!


Stokis & Pengedar DCL diperlukan!

Assalammualaikum wbth..

Salam perjuangan, salam penuh kasih buat semua pengunjung blog. Semoga kehidupan yang kita lalui hari ini lebih baik daripada semalam.

Sebagaimana dipaparkan dalam media massa dan media cetak, DCL terus berkembang dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat MLM Bumiputera Islam yang gah di rantau Asia. Usaha dan semangat pejuang-pejuang DCL yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi, mencerminkan kehebatan DCL bukan sahaja melalui produk-produk hebat, halal dan berkualiti serta mampu dimiliki bahkan sentiasa diingatkan Pengasas 1 dan 2 DCL iaitu Dato Stapa Hj Omar dan Dato Azlina Che Abdullah untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah.

Pejuang-pejuang merangkap usahawan DCL sentiasa diingatkan untuk bersyukur, mengunjungi Kaabah bagi menzahirkan kesyukuran, sentiasa berkongsi nikmat melalui derma dll. Lantaran objektif utama DCL untuk membangun ekonomi ummah berdikari, ia merupakan satu perjuangan kita sebagai Melayu Bumiputera Islam untuk bangkit dalam dunia perniagaan.

Justeru itu, dengan platform yang terbina atas nama De Classic Life (DCL), syarikat yang kukuh dari aspek kewangan, pemimpin tersohor yang telah berkecimpung dalam arena MLM, ukhuwah yang terbina antara usahawan2 DCL, ditambah pula keunggulan produk DCL, Haf menjemput kepada semua bakal usahawan/pengedar yang berminat untuk menjadi stokis samada online atau offline menghubungi/SMS Haf di +019.288.5583.

Bakal2 usahawan(stokis)/pengedar DCL setiap negeri juga diperlukan untuk memenuhi dan menampung keperluan permintaan stok termasuklah di daerah/kawasan2 tempat tinggal anda!!
Bagi yang berniaga online, ini juga peluang anda untuk menambah pendapatan sampingan!

Untuk anda menjadi stokis, minimum modal yang diperlukan hanya RM5k sahaja! Stokis yg berdaftar dibawah kumpulan HafrazDCL juga akan disenaraikan mengikut negeri dan kawasan bagi memudahkan pengguna mendapatkan produk DCL!

Yang berminat juga digalakkan menghadiri kursus2, perjumpaan dan mesyuarat.. Anda boleh berdaftar menjadi ahli bersama HafrazDCL dan menjadi wakil DCL di kawasan tempat tinggal anda!! Berminat?? SMS Haf +6019.288.5583


Seminar 5M DCL

Seminar 5M DCL Kembali Lagi!!

Salam perjuangan, salam aura kasih sayang buat seluruh pejuang2 DCL. Anda semua dijemput untuk hadir menyertai Seminar 5M kelolaan CA Khalid Sabran seperti butiran berikut:

Tarikh: 18 Julai 2009
Masa: 9:30am – 05:30pm
Tempat: Wisma DCL (HQ), Wangsa Melawati
Yuran: RM35 SAHAJA

Jom bawa ahli2 downline anda!! Kita bakar semangat bersama dalam memperjuang dan memartabatkan semangat perjuangan DCL demi agama, bangsa dan negara!!

DCL, Lebih Adil, Lebih Sukses!! Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!


Bengkel 5M DCL oleh CA Khalid Sabran

Assalammualaikum wbth kepada semua pengunjung blog HafrazDCL..

Haf nak kongsi sedikit info dan amat menggalakkan kepada mereka yang berminat untuk ke aktiviti Bengkel 5M DCL seperti butiran berikut:

Aktiviti: Bengkel 5M DCL
Tarikh: 11 Julai 2009
Masa: 9:30am – 05:30pm
Tempat: Wisma DCL, Wangsa Melawati Kuala Lumpur.
Bayaran: RM50 SAHAJA

Program ini adalah program khas untuk meningkatkan jualan dan pendapatan!! Pasti POWER!! Hanya RM50!! Program ini di bawah kelolaan CA Khalid Sabran drp Megapower Centre.

Haf awal2 lagi dah daftar!! Siapa yang belum daftar, elok datang join!! Memang berbaloi!!

Bagi mereka yang berminat nak jadi ahli DCL tetapi masih ragu2..anda juga digalakkan untuk ke program ini!! Jom kita ramai2 memanfaatkan majlis ilmu ini..

Bagi yang hendak menjadi ahli DCL atau membeli produk-produk DCL, boleh sms/call Fieyza di +6019.288.5583 atau YM: hafiza81@yahoo.com ok??

Salam perjuangan drpd HafrazDCL


Pakej Pilihan Pelanggan DCL

Assalammualaikum wbth kepada semua pengunjung blog HafrazDCL..

Haf pernah mendengar dan berkongsi cerita dengan seorang kenalan lama yang amat mementingkan kecantikkan dan penampilan diri. Bahkan, beliau sanggup membelanjakan beribu-ribu hanya untuk kelihatan cantik dan menawan. Ini bermakna ada dikalangan kita yang sanggup mengeluarkan belanja beribu2 untuk tampil sihat dan menawan. Namun, ada juga yang sanggup kepit duit daripada mementingkan kesihatan. Tahukah anda bahawa tidak ada gunanya jika kita jatuh sakit walaupun mempunyai duit yang banyak?

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan menawan, boleh menempah Pakej A: Sihat, Cantik, Anggun (SCA) untuk sebulan! Cuba 3 bulan secara disiplin, Insyaallah anda akan merasai perubahan yang ketara!! Bagi yang mengalami masalah resdung, kolestrol tinggi, kencing manis, darah tinggi, kerap migrain, kerap keletihan, dll boleh mencuba Pakej B: Perawatan 5P untuk sebulan! Juga disiplin dalam pengambilan selama sekurang2nya 3 bulan untuk merasai kesannya!

Pakej A: Sihat, Cantik dan Anggun (SCA) untuk sebulan (RM538.00 SAHAJA!!)
1. Inte Clenz/Clon Clenz – 2 botol – RM 96.00
2. Bidadari 250ml – 2 botol – RM 106.00
3. Q She – 2 botol – RM136.00
4. Nuage – 2 kotak – RM 156.00
5. Red Guara Cafe – 2 pek – RM 44.00
* Anda layak menerima pemberian percuma MISTERI!!

Pakej B: Set Perawatan 5P untuk sebulan (RM536.00 SAHAJA!!)
1. Inte-Clenz/Clon Clenz – 4 botol – RM192.00
2. Ry-Lex – 2 kotak – RM 116.00
3. Amazing – 2 botol – RM 90.00
4. Oxy P’ionik – 24 botol – RM90.80
5. E-Gnius – 1 botol – RM 48.00
* Anda layak menerima pemberian percuma MISTERI!!

Kos penghantaran sekitar Lembah Klang adalah PERCUMA!! Kepada mereka yang berminat dengan pakej di atas mahupun mana2 produk DCL, boleh membuat bayaran ke CIMB 14020185079523 atas nama Hafiza Mohd Razally atau Maybank 1640 2503 4058 juga atas nama Hafiza Mohd Razally. Sila emel/sms butiran berikut ke hafiza81@yahoo.com atau sms ke +6019.288.5583 Fieyza

Nama penuh:
Alamat lengkap:
No hp:
Tarikh penghantaran:
Jenis pakej:
Jumlah yang telah dibayar:
No rujukan:
Masa/tarikh bayaran:

Sesiapa yang berminat nak jadi usahawan DCL sebagai Sub-Stokis dan juga Stokis tidak kira di mana jua anda berada, anda amatlah di alu2kan menghubungi Fieyza +6019.288.5583

DCL, Lebih Adil, Lebih Sukses!


Bersama Membangun Ekonomi Ummah Berdikari

Assalammualaikum sahabat dan pengunjung setia blog HafrazDCL..

Salam perjuangan daripada Fieyza.. 🙂

Sambungan daripada seminar 5M, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran” – Riwayat Abu Daud

Bagi menbangun dan menjana ekonomi ummah berdikari, adakah kita sudah siap sedia untuk berubah?? Adakah kita masih lagi hendak menaja seorang sahaja setiap bulan?? Atau datang mesyuarat dan perjumpaan 2 bulan sekali atau tidak hadir langsung??

Sebagai perkongsian bersama, sedarlah sahabat dan pejuang2 DCL semua.. Bangsa kita sudah TENAT.. marilah kita bingkas membangun dan memartabat bangsa Melayu kita, sekaligus memartabatkan agama Islam dan negara! Bangunlah!! Sedarlah!! Ekonomi bangsa Melayu kita TENAT!! Budaya kita dah TENAT!! Bahasa kita dah TENAT!! Anak bangsa kita sudah TENAT!! Rempit, dadah, gejala sosial yang merosak peribadi ummah berkualiti!!

Apa akan jadi kepada generasi akan datang?? Anak-anak kita?? Cucu-cucu kita?? Jika kita masih alpa dan tidak mahu berubah, kita akan lihat anak bangsa kita akan merempat di negara sendiri!! Dasar ekonomi baru juga tidak akan berjaya sekiranya kita tidak bersatu hati membangun ekonomi ummah berdikari!

Serampang dua mata DEB antaranya adalah MEMBASMI KEMISKINAN. Namun sehingga kini hanya 18% sahaja ekuiti orang Melayu iaitu 12% drpd sektor korporat spt PNB, Tabung Haji, Takaful dan Bank Islam manakala 6% lagi dr golongan individu.

Bayangkanlah satu rumah, berapa besar bahagian 18% daripada besar sebuah rumah? Hanya lebih kurang besar bilik air!! Jika diperhatikan peratusan 6% pula?? Ianya tidak ubah seperti tandas besarnya!! Bila ekonomi kita akan terus diperkasa? Kita bertanggungjawab ke arah membangun dan memperkasa ekonomi ummah!!

Justeru itu, rancanglah masa depan kita dengan membantu dan menyertai pejuang2 DCL.. Kini DCL telah melahirkan 36 jutawan Melayu Islam Bumiputera!!

(Firman Allah dalam Surah Al-Qashash: 77)
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat, dan janganlah kamu lupakan kebahagiaanmu (kenikmatan) duniawi”

Kita harus mengimbangi dunia dan akhirat.. Kerana itu, DCL sentiasa menggalakkan sedekah dan amal jariah dalam setiap jualan produk. Semoga pejuang2 DCL terus meluncur gagah di arena MLM sehingga ke peringkat global!

Untuk membeli produk DCL, hubungi Fieyza 019.288.5583


Mentaliti Orang Melayu (PHD)

Assalammualaikum pejuang2 hebat DCL..

Semalam, Haf baru sahaja selesai menghadiri Seminar 5M yang dianjurkan oleh CA Khalid Sabran. Namun kepada downline-downline di bawah HafrazDCL yang hadir, terima kasih kerana menghadirkan diri untuk mencari cara bagaimana menjadi orang berjaya.. Syabas dan tahniah diucapkan kerana memberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri seterusnya memperkasa ekonomi ummah!!

Namun, kelmarin Haf sempat menyemak ruangan cbox yang Haf sediakan untuk memberi ruang dan peluang kepada pengunjung blog untuk memberi pertanyaan mahupun ruang khas untuk meletakkan iklan. Sebagaimana kita sebagai tamu bertandang ke rumah blog yang lain, kita menghormati jika hendak mengiklan sekalipun, biarlah di ruangan yang disediakan kecuali tuan blog mencampurkan antara ruang pertanyaan dan iklan.

Sekiranya tiada ruang iklan sekalipun, kita boleh menaip Salam ziarah dan link kan blog kita tanpa menulis iklan. Ianya lebih beretika. Namun, apa yang Haf dapat dalam ruangan Haf ada 3 iklan yang bagi Haf tidak beretika dan mempunyai ciri2 mahu menjatuhkan perniagaan orang lain.. Namun, Haf redha.. Haf tidak mahu melenting mahupun membalas dendam. Sekiranya Haf hendak membalas dendam, pastinya Haf dah link semula tuan blog yang tidak bertanggungjawab di ruangan ini supaya pengunjung Haf tahu sikap tidak beretika dan kurang profesional.

Jika anda hendak mengiklan, ruangan iklan Haf sediakan. Kenapa anda (merujuk kepada tuan blog yang telah di banned dan di SPAM oleh Haf) mengatakan tidak perlu susah2 mahu mencari orang, tidak perlu susah2 dengan merujuk anda pernah membuat produk kesihatan dan kecantikan ini? Jika anda tidak ada kesungguhan untuk membuat pilihan yang betul, anda tidak buat betul-betul, bagaimana anda fikir anda akan berjaya?? Buang-buanglah sikap hendak menjatuhkan perniagaan bangsa sendiri.

Haf yakin dengan tunjuk ajar barisan pemimpin2 DCL dan Pengasas 1 dan 2 DCL, Dato Stapa dan Dato Azlina, serta ikatan ukhuwah yang terbina dalam satu wadah perjuangan DCL, sedikit pun tidak gentar dengan orang seperti ini. Pilihan di tangan anda.

Beriklanlah secara sopan dan betul. Haf sendiri mengalu-alukan sesiapa yang hendak bertukar link mahupun hendak meninggalkan iklan di ruangan iklan. TETAPI harus bersopan dan beretika dan tidak mempunyai unsur-unsur menghasut dan PHD terhadap bisnes sahabat blog lain. Berkatkah rezeki anda??

DCL mengajar Haf untuk sama-sama buang PHD (PERASAAN HASAD DENGKI), cemburu dengan kejayaan orang lain, sentiasa saling membantu tanpa mengira kumpulan CA yakni berpuak2 meskipun dalam DCL, jangan berdendam dan macam2 lagi. Haf pelik dan hairan sekiranya ada orang yang beranggapan sedemikian. Orang seperti inilah yang membuatkan industri MLM dipandang sebelah mata oleh orang lain.

DCL sentiasa mengajar pejuang2nya sentiasa ikhlas dan redha dalam perjuangan, berusaha gigih, berdoa dan bertawakal serta disiplinkan diri untuk memberi lebih kerana yakin akan balasan Allah seperti yang diterapkan DCL “The more you give, the more you GET”

Misi dan perjuangan DCL adalah mulia. Tidak sedarkah anda bahawa Melayu kita ini sudah TENAT dan KRITIKAL. Jika kita tidak bersatu hati untuk membangun dan memperkasa ekonomi ummah berdikari, bagaimana kita hendak memperkasa bangsa dan agama kita? Haf sangat bersyukur, kerana adanya DCL yakni syarikat MLM Bumiputera Islam yang unggul, kini DCL telah berjaya melahirkan 36 jutawan Crown Ambassador yang mampu menyahut Dasar Ekonomi Baru yang ingin meningkatkan peratusan ekuiti Orang Melayu Bumiputera yang berjaya!

DCL mendidik pejuang2 yang bernaung di bawah panji2nya dengan prinsip Lebih Adil, Lebih Sukses. Banyakan bersedekah, dan menginfakkan harta dengan membantu anak yatim, rumah2 kebajikan serta amalan2 mulia untuk menjadikan pulangan yang diperolehi lebih BERKAT dan BERTAMBAH.

Ubahlah mentaliti kita. Sesungguhnya DCL adalah satu wadah perjuangan untuk membangun ekonomi dan memperkasa ekonomi ummah dengan lebih adil, lebih sukses! Kini DCL telah melebarkan sayap perniagaan globalnya ke Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh dan Thailand.

Sekiranya anda tidak mahu buat, kami di DCL tidak pernah memaksa. itu pilihan anda. DCL sentiasa memberi dan membuka peluang kepada insan2 hebat yang mahu berjaya dan ada kemahuan menjadi usahawan yang unggul! Tepuk dada, tanya selera.

DCL tetap unggul di hati pejuang2 yang bergerak di bawah panji DCL. Sentiasa optimis dalam membantu memartabat ekonomi bangsa, agama dan negara!