DCL Health Product Business


Produk Apple Gold kini dijual berasingan!

Salam semua..

Kini, produk Apple Gold boleh dibeli secara berasingan. Haf pun tertunggu2 juga sbb toner Apple Gold dah habis dipakai.. 🙂 Harga untuk produk Apple Gold seperti di bawah:

 


1. Set Apple Gold 5 in 1 (UV Cream, Night Cream, Moisturiser, Apple Bar & Toner)
CP: WM: RM 398.00 / WM: RM428.00
DP: WM: RM 328.00 / WM: RM 358.00
PV: 200

2. Apple Facial Toner
CP: WM: RM 48.00 / WM: RM 52.00
DP: WM: RM 39.50 / WM: RM 42.50
PV: 23

3. Apple Moisturizer
CP: WM: RM 108.00 / WM: RM116.00
DP: WM: RM 89.00 / WM: RM 96.00
PV: 53

4. Apple UV Cream
CP: WM: RM 108.00 / WM: RM116.00
DP: WM: RM 89.00 / WM: RM 96.00
PV: 53

5. Apple Night Cream
CP: WM: RM 119.00 / WM: RM126.00
DP: WM: RM 98.00 / WM: RM 105.00
PV: 58

6. Apple Facial Scrub
CP: WM: RM 78.00 / WM: RM83.00
DP: WM: RM 64.00 / WM: RM 68.50
PV: 38

7. Apple Bar
CP: WM: RM 32.00 / WM: RM35.00
DP: WM: RM 26.50 / WM: RM 29.00
PV: 16

So, sekarang x de lah pening kepala nak beli satu set bagi mereka yg kurang mampu.. Untuk membeli sila hubungi Haf 019.288.5583.

Advertisements

Produk Terbaru DCL!

Image016

DCL kini tampil dengan produk-produk baru! Dapatkannya sekarang! Untuk belian, sila hubungi Fieyza di 019.288.5583. Kos penghantaran ditanggung pembeli. Harap maklum. kini tampil dengan produk-produk baru! Dapatkannya sekarang! Untuk belian, sila hubungi Fieyza di 019.288.5583. Kos penghantaran ditanggung pembeli. Harap maklum.


Jualan Istimewa!

Susu_Koles_Gen_4976eb54064cf

Pembungkusan lama Susu Koles-Gen versi Mawi perlu dihabiskan dalam tempoh segera berdasarkan kontrak yang termaktub. Dapatkan Susu Kolen-Gen pada harga seperti di bawah:

Beli 1 unit Susu Koles-Gen pada harga biasa, anda layak membeli unit yang ke 2 hanya pada harga berikut:

CP: WM:RM 48.00 / EM: RM53.00
CP: WM:RM 98.00 / EM: RM103.00 (Harga Biasa)

p/s: Sementara stok masih ada


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam perjuangan buat semua pengunjung..

Ramadhan semakin menghampiri. Didoakan semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah dan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa syukur dan insaf. Marilah kita sama2 mengimarahkan masjid2, surau2, bersedekah dan menghulurkan zakat agar hasil yang kita peroleh bertambah berkat. Elakkan pembaziran makanan di bulan puasa ok?

Dengan penuh rasa gembira, Haf ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam tidak kira di mana anda berada. Sama2 kita perbanyak amalan di bulan ini.


Updates: Seminar Law of Attraction!

Salam perjuangan..

Wahhh..sejak Haf berkongsi cerita tentang seminar ni, ramai yang nak join. Tapi tempat adalah TERHAD! So, kepada downline2 Haf, cepat2 bagi nama untuk Haf ‘booked’ kat CD Rahim! Haf dah pergi hari tu tapi rasa tak puas lagi!! I need 4 repeated again n again!! N tat was i’m. Hehe..

Berikut senarai nama yg dah bersedia nak memantapkan diri untuk menang dunia, menang akhirat:

1. Hafiza Mohd Razally
2. Hamidah Mohamad Saidin
3. Shah Reza b Ahmad
4. Wardah Rashid
5. Aisyah Mohd Saidin
6. Hamidah Che Mi
7. Hamimah Mohamad Saidin

Anda HEBAT kerana memilih untuk menyertai program ini! Tahniah! DCL NO 1!


Seminar Eksklusif ‘Mind Power’

Salam penuh kasih buat semua pejuang2 dan usahawan2 DCL.

Untuk makluman, Mega Power akan menganjurkan Seminar Eksklusif ‘Mind Power’ khas untuk pejuang2 dan usahawan DCL!! Ianya berkenaan dengan hukum tarikan ‘Law of Attraction’ iaitu membebaskan minda dari unsur negatif dan memasukan energi yang positif untuk menarik apa yang anda inginkan!! Hari tu Haf dah terlepas! Kali ini awal-awal dah cakap dengan CD Rahim booking tempat.. Heheh.. Sesiapa pejuang/usahawan DCL yang berminat, info seperti di bawah:

Tarikh: 16/08/09
Hari: Ahad
Tempat: Wisma DCL, Taman Melawati
Masa: 9;30am – 5:30pm
Bayaran: RM50

Terhad kepada 50 peserta sahaja!!


Motivasi Perdana Dato Stapa

Motivasi Perdana Dato Stapa & Mega Power!!

Salam perjuangan.. 🙂

Anda semua dijemput hadir ke Pertemuan Motivasi Perdana Mega Power bersama CA Khalid Sabran dan Pengasas 1 DCL iaitu Dato Stapa Hj Omar seperti butiran berikut:

Tarikh: 1 Ogos 2009
Masa: 9am – 5pm
Tempat: Wisma DCL, Wangsa Melawati
Harga Kupon Masuk: RM20 (Dah nak habisssss!! Pasti MENGGEGARKAN!!)

Jangan lepaskan peluang ini!! DCL terus mara ke hadapan!! Lebih Adil LEbih Sukses!!


Bersama Membangun Ekonomi Ummah Berdikari

Assalammualaikum sahabat dan pengunjung setia blog HafrazDCL..

Salam perjuangan daripada Fieyza.. 🙂

Sambungan daripada seminar 5M, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran” – Riwayat Abu Daud

Bagi menbangun dan menjana ekonomi ummah berdikari, adakah kita sudah siap sedia untuk berubah?? Adakah kita masih lagi hendak menaja seorang sahaja setiap bulan?? Atau datang mesyuarat dan perjumpaan 2 bulan sekali atau tidak hadir langsung??

Sebagai perkongsian bersama, sedarlah sahabat dan pejuang2 DCL semua.. Bangsa kita sudah TENAT.. marilah kita bingkas membangun dan memartabat bangsa Melayu kita, sekaligus memartabatkan agama Islam dan negara! Bangunlah!! Sedarlah!! Ekonomi bangsa Melayu kita TENAT!! Budaya kita dah TENAT!! Bahasa kita dah TENAT!! Anak bangsa kita sudah TENAT!! Rempit, dadah, gejala sosial yang merosak peribadi ummah berkualiti!!

Apa akan jadi kepada generasi akan datang?? Anak-anak kita?? Cucu-cucu kita?? Jika kita masih alpa dan tidak mahu berubah, kita akan lihat anak bangsa kita akan merempat di negara sendiri!! Dasar ekonomi baru juga tidak akan berjaya sekiranya kita tidak bersatu hati membangun ekonomi ummah berdikari!

Serampang dua mata DEB antaranya adalah MEMBASMI KEMISKINAN. Namun sehingga kini hanya 18% sahaja ekuiti orang Melayu iaitu 12% drpd sektor korporat spt PNB, Tabung Haji, Takaful dan Bank Islam manakala 6% lagi dr golongan individu.

Bayangkanlah satu rumah, berapa besar bahagian 18% daripada besar sebuah rumah? Hanya lebih kurang besar bilik air!! Jika diperhatikan peratusan 6% pula?? Ianya tidak ubah seperti tandas besarnya!! Bila ekonomi kita akan terus diperkasa? Kita bertanggungjawab ke arah membangun dan memperkasa ekonomi ummah!!

Justeru itu, rancanglah masa depan kita dengan membantu dan menyertai pejuang2 DCL.. Kini DCL telah melahirkan 36 jutawan Melayu Islam Bumiputera!!

(Firman Allah dalam Surah Al-Qashash: 77)
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat, dan janganlah kamu lupakan kebahagiaanmu (kenikmatan) duniawi”

Kita harus mengimbangi dunia dan akhirat.. Kerana itu, DCL sentiasa menggalakkan sedekah dan amal jariah dalam setiap jualan produk. Semoga pejuang2 DCL terus meluncur gagah di arena MLM sehingga ke peringkat global!

Untuk membeli produk DCL, hubungi Fieyza 019.288.5583


Mentaliti Orang Melayu (PHD)

Assalammualaikum pejuang2 hebat DCL..

Semalam, Haf baru sahaja selesai menghadiri Seminar 5M yang dianjurkan oleh CA Khalid Sabran. Namun kepada downline-downline di bawah HafrazDCL yang hadir, terima kasih kerana menghadirkan diri untuk mencari cara bagaimana menjadi orang berjaya.. Syabas dan tahniah diucapkan kerana memberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri seterusnya memperkasa ekonomi ummah!!

Namun, kelmarin Haf sempat menyemak ruangan cbox yang Haf sediakan untuk memberi ruang dan peluang kepada pengunjung blog untuk memberi pertanyaan mahupun ruang khas untuk meletakkan iklan. Sebagaimana kita sebagai tamu bertandang ke rumah blog yang lain, kita menghormati jika hendak mengiklan sekalipun, biarlah di ruangan yang disediakan kecuali tuan blog mencampurkan antara ruang pertanyaan dan iklan.

Sekiranya tiada ruang iklan sekalipun, kita boleh menaip Salam ziarah dan link kan blog kita tanpa menulis iklan. Ianya lebih beretika. Namun, apa yang Haf dapat dalam ruangan Haf ada 3 iklan yang bagi Haf tidak beretika dan mempunyai ciri2 mahu menjatuhkan perniagaan orang lain.. Namun, Haf redha.. Haf tidak mahu melenting mahupun membalas dendam. Sekiranya Haf hendak membalas dendam, pastinya Haf dah link semula tuan blog yang tidak bertanggungjawab di ruangan ini supaya pengunjung Haf tahu sikap tidak beretika dan kurang profesional.

Jika anda hendak mengiklan, ruangan iklan Haf sediakan. Kenapa anda (merujuk kepada tuan blog yang telah di banned dan di SPAM oleh Haf) mengatakan tidak perlu susah2 mahu mencari orang, tidak perlu susah2 dengan merujuk anda pernah membuat produk kesihatan dan kecantikan ini? Jika anda tidak ada kesungguhan untuk membuat pilihan yang betul, anda tidak buat betul-betul, bagaimana anda fikir anda akan berjaya?? Buang-buanglah sikap hendak menjatuhkan perniagaan bangsa sendiri.

Haf yakin dengan tunjuk ajar barisan pemimpin2 DCL dan Pengasas 1 dan 2 DCL, Dato Stapa dan Dato Azlina, serta ikatan ukhuwah yang terbina dalam satu wadah perjuangan DCL, sedikit pun tidak gentar dengan orang seperti ini. Pilihan di tangan anda.

Beriklanlah secara sopan dan betul. Haf sendiri mengalu-alukan sesiapa yang hendak bertukar link mahupun hendak meninggalkan iklan di ruangan iklan. TETAPI harus bersopan dan beretika dan tidak mempunyai unsur-unsur menghasut dan PHD terhadap bisnes sahabat blog lain. Berkatkah rezeki anda??

DCL mengajar Haf untuk sama-sama buang PHD (PERASAAN HASAD DENGKI), cemburu dengan kejayaan orang lain, sentiasa saling membantu tanpa mengira kumpulan CA yakni berpuak2 meskipun dalam DCL, jangan berdendam dan macam2 lagi. Haf pelik dan hairan sekiranya ada orang yang beranggapan sedemikian. Orang seperti inilah yang membuatkan industri MLM dipandang sebelah mata oleh orang lain.

DCL sentiasa mengajar pejuang2nya sentiasa ikhlas dan redha dalam perjuangan, berusaha gigih, berdoa dan bertawakal serta disiplinkan diri untuk memberi lebih kerana yakin akan balasan Allah seperti yang diterapkan DCL “The more you give, the more you GET”

Misi dan perjuangan DCL adalah mulia. Tidak sedarkah anda bahawa Melayu kita ini sudah TENAT dan KRITIKAL. Jika kita tidak bersatu hati untuk membangun dan memperkasa ekonomi ummah berdikari, bagaimana kita hendak memperkasa bangsa dan agama kita? Haf sangat bersyukur, kerana adanya DCL yakni syarikat MLM Bumiputera Islam yang unggul, kini DCL telah berjaya melahirkan 36 jutawan Crown Ambassador yang mampu menyahut Dasar Ekonomi Baru yang ingin meningkatkan peratusan ekuiti Orang Melayu Bumiputera yang berjaya!

DCL mendidik pejuang2 yang bernaung di bawah panji2nya dengan prinsip Lebih Adil, Lebih Sukses. Banyakan bersedekah, dan menginfakkan harta dengan membantu anak yatim, rumah2 kebajikan serta amalan2 mulia untuk menjadikan pulangan yang diperolehi lebih BERKAT dan BERTAMBAH.

Ubahlah mentaliti kita. Sesungguhnya DCL adalah satu wadah perjuangan untuk membangun ekonomi dan memperkasa ekonomi ummah dengan lebih adil, lebih sukses! Kini DCL telah melebarkan sayap perniagaan globalnya ke Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh dan Thailand.

Sekiranya anda tidak mahu buat, kami di DCL tidak pernah memaksa. itu pilihan anda. DCL sentiasa memberi dan membuka peluang kepada insan2 hebat yang mahu berjaya dan ada kemahuan menjadi usahawan yang unggul! Tepuk dada, tanya selera.

DCL tetap unggul di hati pejuang2 yang bergerak di bawah panji DCL. Sentiasa optimis dalam membantu memartabat ekonomi bangsa, agama dan negara!


Info Bengkel & Seminar Terbaru!

Salam pejuang2 DCL khususnya downline HafrazDCL..

Info berkenaan majlis ilmu yang digalakkan hadir bagi pejuang2 yang mahu memantapkan jualan dan kepimpinan serta ilmu produk.

Tarikh: 14 Jun 2009
Hari: Ahad
Tempat: BC Kajang, Prima Saujana
Masa: 9am – 5pm
Bayaran: RM40
Penceramah: CD Zhulhulaifah Shoukatt AliTarikh: 27 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: HQ, Wisma DCL
Masa: 9am – 5pm
Bayaran: RM35
Penceramah: CD Zhulhulaifah Shoukatt Ali

Tarikh: 20 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: HQ, Wisma DCL
Masa: 9am – 5pm
Bayaran: RM35
Penceramah: CA Khalid Sabran

Kepada downline HafrazDCL sila ambil perhatian ya. Anda digalakkan untuk menyertai kursus ini. Kepada yang masih belum menjadi ahli DCL, anda juga boleh menyertai bagi melihat sendiri kehebatan produk DCL seterusnya bagaimana kami diajar dan dilatih untuk membina kejayaan di atas kejayaan orang lain secara beretika. 🙂

Kepentingan ILMU adalah tunjang untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Carilah ILMU yang baik untuk dimanfaatkan bersama.